Latar Belakang Syarikat

MZF Computer Centre telah ditubuhkan pada 7 April 2005 oleh En. Muhamad Zawawi Bin Ibrahim. Syarikat bumiputera ini kini dimiliki sepenuhnya oleh En. Muhamad Zawawi dan di daftar sebagai hal milik persendirian. Syarikat kini masih lagi bertahan dan telah membuka cawangan pertama berhadapan Politeknik Sultan Zainal Abidin di Dungun. Kami juga telah menambah skop perkhidmatan dengan mewujudkan tiga sektor iaitu sektor pertama Komputer, Cyber Cafe, Komputer dan Network.

Pihak syarikat akan meneroka satu lagi bidang baru dengan menubuhkan sektor percetakan ini adalah berikutan permintaan yang begitu tinggi. Ia juga merupakan satu perancangan untuk meluaskan lagi bidang perniagaan berikutan dengan penambahan sektor baru pecahan dari sektor cyber café.


Pada peringakt awal, syarikat ini hanya menyediakan perkhidmatan Cyber Café sahaja di samping kursus Microsoft Office ( Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point ) & Asas Internet. Memandangkan peluang perniagaan yang luas dalam bidang perkomputeraan terutamanya di daerah Kemaman khususnya, pihak syarikat mengorak satu langkah di mana pendaftaran dengan Kementerian Kewangan telah dibuat. Ini bertujuan untuk membolehkan syarikat ini meneroka cabang perniagaan lain seperti membaikpulih dan membekal peralatan komputer & rangkaian, printer, alat tulis dan sebagainya. Pengiktirafan telah diberikan kepada syarikat sebagai Kontraktor Bumi Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Selamat Datang Ke Blog MZF COMPUTER CENTRE