Tanda-Tanda Komputer Dijangkiti Virus

1. Komputer Menjadi Perlahan. Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka. Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya.

3. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

4. Folder Option Hilang. Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

5. Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

6. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang. Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.

7. Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

8. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah. Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

9. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus. Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.
Selamat Datang Ke Blog MZF COMPUTER CENTRE